Baby Shaza vs Amir

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label Coretan Hidup. Show all posts
Showing posts with label Coretan Hidup. Show all posts

Sunday, April 1, 2012

Menghormati ibu bapa


Menghormati ibu bapa..satu isu yang saya rasa tak pernah akan hilang dan habis. Alhamdulillah kalau antara kita yang sentiasa sedar akan amalan ni. dan sedih sekali pada mereka yang masih tak sedar dan tak nampak amalan ni.. kadang2 mereka rasa dah cukup, tapi sebenarnya tak..apa yang saya cakap ni pun untuk diri saya jugak..saya berdoa akan saya tak tergolong dalam kalangan yang masih tak sedar ni..kerana saya ada ibu bapa (kandung n mertua)..amen

Setiap hari ibu bapa kita mengharapkan anak2nya pulang menemui mereka..menemani mereka walaupun mereka tak sakit. Bila ada kalangan keluarga yang tanya, "bila nak balik kampung jenguk mak?" - "kenapa? mak sakit ker?" nak tunggu mak sakit baru nak balik? atau alasan lain, tak ada cuti.. hujung minggu (sabtu n ahad) tu bukan cuti ker? Ingatlah semua, tentang sabda Rasulullah SAW:

 “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)


SIHAT SEBELUM SAKIT

Ketika sihat, hamba Allah harus mengenang nikmat dikurniakan ke atas dirinya dengan membandingkan nikmat sihatnya dengan kesengsaraan mereka yang terlantar sakit. Jadi, semasa kita masih sihat, boleh berjalan, selalulah kita menjenguk ibu bapa kita. Jangan nanti bila kita dah terlantar sakit, baru terfikir dah lama tak jumpa mak ayah.

KAYA SEBELUM MISKIN

Pengisiannya ialah menggunakan harta kekayaan itu dengan sebaik-baiknya yang dapat memberi keuntungan, terutama di dalam kehidupan akhirat seperti membantu mereka yang kesempitan, memperbanyakkan sedekah terutama kepada ibu bapa, anak yatim, orang miskin, menunaikan haji dan berzakat. semasa kita berduit dan mampu, kita berbaktilah kepada ibu bapa. bukan hanya dengan menghantar duit setiap bulan, tapi menjenguk mereka. kehadiran anak di depan mata adalah yang paling berharga jika di bandingkan dengan wang ringgit. Wang tidak boleh membeli kasih sayang..


LAPANG SEBELUM SEMPIT

Sebahagian besar umat Islam terarah akal mereka kepada kegiatan atau aktiviti yang mendatangkan keseronokan semata-mata ketika masa lapang.

Sepatutnya, mereka perlu mengisi masa berharga itu dengan amalan yang boleh menghalakan hati untuk memberi sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap Allah SWT, bukan semata-mata melampiaskan dorongan hawa nafsu buas. Tumpuan kita terhadap Allah SWT termasuklah berbakti (menjenguk, bertanya kabar) dan menjaga ibu bapa (hati, perasaan dsb).

MUDA SEBELUM TUA

Umat Islam kini lemah kerana generasi mudanya lebih gemar kepada perkara yang mendatangkan keuntungan duniawi. Akibatnya, mereka leka dalam mengejar kesenangan hidup tanpa memikirkan kesan di hari tua.

Mereka seolah-olah tidak sedar kudrat yang kuat pada masa muda lebih mampu melakukan perkara mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri selain masyarakat Islam keseluruhannya jika digunakan sebaik-baiknya. Jadi selagi kita boleh melangkah dan mampu berdiri teguh, gunakanlah ia sebaik mungkin..




HIDUP SEBELUM MATI

Inilah kesudahan yang mana kalau terlepas akan ditindih oleh penyesalan tidak akan habis-habis walaupun mata terpaksa bermandi dengan pancaran air darah. Jika didatangi kematian, maka berakhirlah segala-galanya.

Malah untuk mengerjakan sembahyang sunat sekadar dua rakaat di dalam kubur yang mana sangat diinginkan oleh setiap mayat tidak lagi diizinkan oleh Allah SWT.

Kenapa? Kerana di sana bukan lagi tempat untuk beramal ibadat. Justeru, demi memperoleh keselamatan hidup dunia dan akhirat, umat Islam perlu mengambil peringatan Rasulullah.

Firman Allah SWT: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpusu-pusu dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan kesabaran.” (Surah al-Asr, ayat 1-3)

Ini pasti membantu kita untuk insaf dan berusaha mengisi masa sihat dengan cara membanyakkan ibadat.

Islam juga telah menggariskan beberapa cara untuk menghormati ibu bapa. Antaranya:

►Beradab sopan seperti berlemah-lembut, bergaul mesra dan menjaga perasaan mereka.
►Mengenang pengorbanan mereka seperti ibu mengandung, melahirkan dan menyusukan. Bapa pula mendidik, mengasuh dan mencari rezeki.
►Menziarahi mereka dan selalu bertanya khabar.
►Memenuhi permintaan dan patuh dengan suruhan mereka yang tidak bertentangan Islam.
►Tidak membantah kata-kata mereka.
►Tidak menyakiti perasaan mereka.

Kita juga diwajibkan untuk berbakti terhadap kedua ibu bapa. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk berbakti kepada mereka. Antara lain:

►Memberi sumbangan kebendaan, terutama ketika mereka dalam keadaan susah.
►Melayani mereka tanpa membiarkan mereka sedih dan kesunyian.
►Merawati mereka ketika sakit.
►Menjaga mereka ketika mereka tidak berdaya.
►Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
►Berakhlak mulia demi menjaga maruah kedua ibu bapa. Mereka pasti bangga mempunyai kita.


Apabila mereka telah meniggal dunia, apa yang mampu kita lakukan untuk mereka adalah:

► Mendoakan dan memohon ampun untuk mereka agar dikurniakan kebahagiaan di akhirat.
► Menunaikan janji mereka.
► Memuliakan rakan-rakan mereka.
► Menyambung persaudaraan dengan kerabat mereka


Sunday, November 20, 2011

Jom Bisnes



Salam semua.. dalam kehidupan ni makin lama taraf hidup kan makin tinggi. semua orang xkira muda or tua, masing2 berusaha nak tambah pendapatan hidup.. ye la, kerja yang ada dengan pendapatan yang tak seberapa menjadikan semua orang berlumba-lumba nak uat bisnes sendiri or kerja sampingan lain...tak kecuali jugak dengan aku..tp bukan aku yang jalankan bisnes ni..adik aku, ina yang usahakan perniagaan online ni.. aku hanya tolong melalui belakang jer..kongsi modal.. kalau korang semua ada masa, jenguk2 la blog ni yer..kalau2 la ada yang korang berminat..

http://srnayucollection.blogspot.com/

untuk permulaan ni hanya ada beberapa jenis je koleksi baju kanak2..insyaAllah bulan 12 ni akan bertambah lagi koleksinya.. setakat ni alhamdulillah jualan memberangsangkan.. apa kata korang tengok sendiri apa yang ada, baru puas hatikan..

Sunday, March 27, 2011

Cuti2 Malaysia

Sementara tunggu Taming Sari buka kul 10..kitaorg posing dulu kat taman sebelahnyer..ni la pic family pekan


Taming Sari

Ummi n pak ngah..tunggu turn nak naik taming sari..erm..aku pun first time naik taming sari..seronok..permandangannyer cantik banget..
muka takut? boring? seronok? erm...
ni la antara permandangan dari atas yg sempat ayu snap.. sebab yang lain just amik video jew senang..
sementara tunggu abang pegi ke kereta..ummi, pak ngah n imal sempat lagi posing..asalkan nampak kapal belakang tu pun ok..sebb kami nak naik kapal yg bergerak..hahaha

Mandi Kolam

aii..abg ngah..macam malu2 je nak mandi..
mandi or posing?
nak berenang segan..dah kolamnyer dah di kuasai pihak lain (family india). jadiknyer...duduk kat pinggir2 je la

Garden City Hotel


Ni sapa yang excited nak main air nih? mamanyer ke anak nyer..
klu kata kembar pun ok gaks nih..sama jew pattern muka..dah nama sepupu kan..
seronok betul diorang ni main air..cameragirl nak mandi kolam pun xle..hahaha (alasan xmunasabah)

Konvo ip




Semua pic ni masa konvokesyen abg kat politeknik merlimau melaka..Tahniah untuk abang tersayang..pasni degre lak yer...

Sunday, January 2, 2011

zaman dulu-dulu

salam to all..

tetiba terasa nak tengok pic dulu-dulu..cari punyer cari..ada jumpa..pikir2..lebih baik aku scan n then post kat blog..simpan sebagai ingatan..nanti bila-bila aku nak edit, buat lebih jelas n ok senang..rindunyer aku dengan kehidupan dulu. biarpun sederhana tapi...seronok, bahagia sangat..ye la..masa tu aku budak-budak lagi..tak paham apa-apa tentang kesusahan..sekarang bila dah besar, dah ada anak sendiri.. aku merasainya.. susah senang akan kehidupan ni..

muka masing2 masa kecik-kecik dulu bila tengok, kelakar pun ada..comot, gelap..mana taknyer,, main dengan pasir, tengah2 panas..biasa la bila duduk kampung..masa tu kecik lagi lak tu..sebahagian orang ada yang malu dengan gambar dulu2..ye la..kalu aku tengok pic aku dulu2 yang tak lawa tu memang la malu..tapi hakikat kan..erm..payah gak nak terima..

sapa-sapa yang telah pergi maninggalkan dunia ni..al-fatihah buat mereka..moga mereka di cucuri rahmat..kita semua akan kembali kepadanya suatu hari nanti..tak terkecuali aku..

Monday, December 27, 2010

keratong family's

ip n mak tgh tengok anak n cucu dengan keletahnya
ibu mertuaku..moga sehat selalu
teka di mana saya?

Thursday, November 25, 2010

pantai lagenda

syafawati tmenung jauh..mengenangkan siapa?
us
love always..together 4 ever
don't smoke!!

pantai

Monday, November 22, 2010

pantai lagenda

yg tersayang..
antara yg pegi ke pantai lagenda

Tuesday, November 9, 2010

us



kembar ke ni?
dgn atuk..

Sunday, May 9, 2010

MOTHER'S DAY

family pekan(keluarga sh.noor+syed ali @ wan tek)


family keratong(sebahagian jer ni..)


Salam to everyone...






Selamat Hari Ibu buat orang yang teristimewa dalam hidup ayu, ummi, mak, tok, ahli keluarga rapat yang bergelar ibu, enda cik, enda lon, makcik ani karak, enda wa, makteh, tok chu, tok ngah, tok ani, kak teh, kak ana, yan dan lain..moga kalian sentiasa di rahmati Tuhan, dimurahkan rezeki, dberi kesihatan yang baik.. ayu sayang kamu semua..






Hari ibu adalah hari yang teristimewa bagi meraikan para ibu yang selama ini bertarung nyawa dan kudrat mereka untuk melahirkan dan membesarkan anak2..pengorbanan yang tidak boleh diukur dan dhitung..pada anak2..hargailah mereka..ingatilah jasa mereka..jangan setitik cuba untuk mencuit mereka dgn apa jua keadaan yg menyakitkan...ingatilah jasa mereka..







Saturday, May 8, 2010