Baby Shaza vs Amir

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, May 18, 2009

Sedih atau Gembira?

Alhamdulillah..bersyukur pada Allah SWT kerana atas kurnianya enda chik (mak saudaraku) dah selamat melahirkan baby nya yang pertama pada jam kira-kira 10.30 am tadi (19 may 2009) di Hospital Besar Kuantan, anak perempuan dengan berat 1.6 kg.. terlalu kecilkan? sebab tu enda chik lahirkannya kat 'tingkap' sebab doktor bagitau berat baby tak naik bila di timbang, kerana terlalu kecil, takut ada kesan apa-apa pada baby, jadik terpaksa la bedah walaupun 'due date' lagi tiga minggu. sekarang baby masih lagi dalam bilik khas..
erm..aku lak yang tak sabar rasa nak balik ke kampung nak tengok baby. ummi kata baby nya comel, putih, kecil..masa untuk aku lagi empat bulan lebih. bila dengar enda chik dah dapat, aku lak yang jadik tak sabar. semoga semuanya selamat hendaknya..

Tapi, dalam kegembiraan menyambut orang baru, ada lak peristiwa sedih yang menyelit. selepas dapat kol dari ummi tentang kegembiraan mendapat baby baru, tadi lak abang kol bagitau mak wo (nenek pada suami) masuk hospital dan kakinya kan di potong dalam kul 2 ni.dan doktor bagitau mintak semua doakan semoga semuanya selamat..ini sebab kaki mak wo dah buruk, menanah.. akibat daripada kakinya patah dan luka aritu, dah la mak wo tu ada kencing manis.. Ya Allah SWT, selamatkanlah semuanya. Sesungguhnya Engkau yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk umatMU. Bagilah apa yang terbaik untuknya.
aku sekarang ni tak tau dalam keadaan apa, sedih atau gembira. bila fikir mak wo, aku rasa sedih, pilu, takut tapi bila fikirkan baby, aku jadik gembira dan tak sabar nak balik kampung.. Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya juga kita kembali..

No comments: